shahbudindotcom
SAH
DAN SAHIH - Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan bahawa
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah memfailkan tindakan
undang-undang untuk menyita berpuluh-puluh hartanah yang dikaitkan
dengan kesalahan penyalahgunaan dana 1MDB.
Nilai
hartanah yang akan disita bernilai kira-kira AS$1 bilion atau lebih
RM4,000 juta, manakala dana 1MDB yang dipercayai diselewengkan dalam
penyiasatan AS adalah berjumlah AS$3.5 bilion atau kira-kira RM14,000
juta.
Tindakan
undang-undang yang difailkan menyebut, kesalahan itu didakwa berlaku
dalam tempoh empat tahun dan melibatkan beberapa individu, termasuk dari
Malaysia dan rakan sekutunya yang berkomplot untuk menipu bagi
memindahkan berbilion ringgit wang kepunyaaan 1MDB.
Antara
nama yang disebut dalam penyitaan hartanah itu ialah anak tiri Najib,
Riza Aziz, tangan penting dalam menguruskan pelaburan 1MDB, Jho Low dan
Khadem Al-Qubaishi serta Mohamed Badawy Al-Husseiny daripada Abu Dhabi.
Bagaimanapun, tiada nama Najib disebut dalam tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Keadilan itu.
Meskipun
tiada nama Najib disebut atau dikaitkan dalam tindakan undang-undang
oleh Jabatan Kehakiman AS itu, tetapi dengan adanya nama Jho Low dan
anak tirinya, Riza Aziz terpampang nyata, bagaimanakah Najib mahu
memisahkan dirinya daripada semua skandal itu?
Jho
Low, melalui pengesahan oleh Bank Negara adalah pemilik Good Star Ltd
yang melalui syarikat itu telah dipindahkan wang 1MDB sebanyak AS$1.03
bilion atau lebih RM4,000 juta.
Riza
pula, anak Rosmah daripada perkahwinan terdahulu, secara tiba-tiba
mampu menerbitkan filem dengan kos ratusan juta di Hollywood serta
membeli dua hartanah mewah di AS dan satu lagi di London.
Tidak
sekadar merupakan pencatur dalam pelaburan 1MDB sejak ditubuhkan, Jho
Low juga pernah bercuti di atas kapal mewah yang turut disertai Najib
dan keluarganya.
Jho Low dan Riza juga difahamkan telah berkawan lama sejak mereka sama-sama belajar di universiti di AS lagi.
Sekurang-kurangnya
dari segi moral dan logik akal, Najib sedang "terkepung" dengan adanya
nama Jho Low dan Riza Aziz disebut dalam tindakan undang-undang oleh
Jabatan Keadilan AS itu.
Terlalu sukar dan hampir tidak mungkin untuk Najib membebaskan dirinya daripada apa yang sedang berlaku sekarang ini.
Dan ini baru permulaan, mungkin lebih banyak tindakan lain akan menyusul selepas ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.