Idris Ahmad
SHAH ALAM - Pas menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat, semalam.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, ini bagi memastikan jika benar ada penyelewengan dan salah guna kuasa, pihak yang bertanggungjawab dan terlibat perlu dihadapkan ke muka pengadilan menerusi hasil siasatan komprehensif suruhanjaya itu.
"Jika ia melibatkan pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap dan jangkaan pelaburan yang salah, maka penambahbaikan dan kebertanggungjawaban pihak yang berkenaan perlu diberikan perhatian.
Selaras dengan prinsip Islam dan terma universal iaitu 'innocent until proven guilty' (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah).
"Suruhanjaya Diraja hendaklah dianggotai oleh pakar yang berautoriti dan berkecuali termasuk 'ulamak yang pakar dalam bidang perundangan, ekonomi dan kewangan," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Malaysia akan beri kerjasama isu 1MDB]
Idris berkata, Pas juga menolak campur tangan asing dalam urusan negara ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu 1MDB: Jabatan Kehakiman AS mahu rampas 17 aset]
"Kita berharap Suruhanjaya ini akan dapat menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun menjadi polemik, Pas bersama dengan seluruh Rakyat Malaysia yang prihatin berharap ada penyelesaian tuntas kepada perkara ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.