MALAYSIAKINI
Susulan pengumuman menggemparkan Jabatan Keadilan (DOJ)
Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB, pembangkang petang ini
mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan.
Perkara itu, adalah supaya perdana menteri bercuti, menasihati Yang di-Pertuan Agong menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja serta memanggil sidang tergempar parlimen.
Perkara itu, adalah supaya perdana menteri bercuti, menasihati Yang di-Pertuan Agong menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja serta memanggil sidang tergempar parlimen.
Menurut mereka, Datuk Seri Najib Razak perlu bercuti
segera susulan tanggapan beliau mempunyai kuasa ke atas agensi utama
penguatkuasaan kerajaan.
Dalam kenyataan bersama, Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata, jika “kata dua” itu gagal dipenuhi, mereka akan menggerakkan rakyat untuk “tindakan politik” pada 30 Julai depan sebagai tanda protes.
Setakat ini, tidak jelas jenis tindakan politik itu atau sama ada ia berbentuk sebuah himpunan bantahan.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencadangkan sebuah himpunan bagi mendesak pengunduran Najib manakala BERSIH pula dikatakan sedang mempertimbang tindakan sama.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemangku pengerusi DAP Tan Kok Wai dan
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.
DOJ semalam mengumumkan langkah untuk menyita aset
berbilion ringgit yang dikaitkan dengan 1MDB – yang bakal menjadi
rampasan terbesar dalam sejarah AS.
Selain mendakwa wang 1MDB telah “dicuri”, beberapa
individu dikaitkan termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib, dan Jho Low
serta “Malaysian Official 1” – yang menurut pemimpin pembangkang merujuk kepada Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.