Puluhan pemain berkumpul di hadapan Sydney Opera House untuk bermain Pokemon Go. - Foto AFP
SELEPAS beberapa tahun, permainan watak animasi itu membuat penampilan sekali lagi, sebagai Pokémon Go.
Pokémon Go merupakan satu pengalaman baharu dalam dunia permainan gajet kerana tampil dengan ciri gabungan alam fantasi dan sistem navigasi GPS sekaligus mewujudkan permainan interaktif realiti 3D.
Ia membolehkan pemain memburu haiwan digital menerusi teknologi ini yang mengesan lokasi dan waktu pemain.
Aplikasi menggunakan GPS itu dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi haiwan Pokémon seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.
Dalam bahasa yang mudah, ia membolehkan pengguna mengesan Pokémon di sekeliling mereka menggunakan telefon ketika bermain supaya pengguna boleh berlari dan menangkapnya.
Tidak kira di mana anda berada, apabila aplikasi Pokémon Go diakses, anda dapat melihat makhluk seperti Bulbasaur,
Pikachu, atau Jigglypuff muncul pada skrin seolah-olah sedang bertenggek di bahu jalan, berehat di dahan pokok, atau tersenyum ke arah anda dari sebuah jendela.
Terdapat banyak kebaikan yang terselit di sebalik permainan ini interaktif terbaharu ini.
Pokémon Go secara tidak langsung meningkatkan kecergasan badan pemain kerana mereka perlu keluar dari rumah dan berjalan atau berbasikal ketika bermain aplikasi ini.
Terdapat laporan mengatakan ada pemain sanggup berjalan beberapa kilometer atau berlari ke sesuatu sasaran demi
mendapatkan watak kegemaran dalam animasi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.