Koh Jun Lin
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengulangi cabaran kepada Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya membubarkan Dewan Rakyat berikutan
pemfailan saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat,
minggu lalu.
Lim mendakwa rakyat Malaysia akan dihukum kali kedua jika kerajaan
Amerika merampas aset berkenaan dan memulangkannnya kepada kerajaan yang
sama yang menubuhkan 1MDB.
Ini akan memburukkan lagi skandal itu, melainkan jika ada perubahan pada kerajaan persekutuan melalui pilihan raya, katanya.
"Jika mereka kembali wang itu, mereka tidak boleh memberi wang kepada setiap rakyat Malaysia.
"Bagaimana mereka hendak memulangkan wang tersebut? Mereka perlu
menyerahkannya kepada kerajaan Malaysia - kerajaan yang sama menubuhkan
1MDB; kerajaan yang sama yang membolehkan wang kita akan dirompak. Boleh
atau tidak?
“Sebab itu kita perlu pilihan raya umum yang baru, untuk membolehkan
rakyat membuat keputusan sama ada mereka mahu kerajaan BN rasuah, atau
kerajaan Pakatan yang bersih," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau
Pinan.
Beliau berkata demikian kepada kira-kira 700 orang yang menghadiri
majlis makan malam program kempen ‘Sokong, Simpati dan Solidariti
bersama Lim Guan Eng 2.0' di Shah Alam, malam semalam.
Walaupun majlis itu bertujuan untuk mendapatkan sokongan untuk Lim,
yang menghadapi dua tuduhan rasuah, pencermahan yang hadir lebih memberi
tumpuan kepada saman sivil bagi mendapatkan aset AS$1 bilion berkaitan
1MDB di negara itu.
Saman itu bertujuan untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan
wang 1MDB yang dipesongkan yang kemudiannya digubah melalui sistem
kewangan Amerika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan