Ahmad Razif Abdul Rahman
"Dengan mempertimbangkan semula rayuan yang dibuat orang ramai, kerajaan negeri akan mencadangkan kepada Plus dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk mengkaji semula kadar tol itu sehingga infrastruktur dan perkhidmatan ini sedia digunakan," katanya pada Selasa.
Ahmad Razif berkata usaha ini penting dalam mencapai kata sepakat bagi kedua-dua belah pihak, iaitu pengguna lebuh raya dan pihak Plus sendiri.
Pelaksanaan kutipan tol telah diumumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia pada 11 Julai lalu.
Lebuh raya ini bakal dikendalikan anak syarikat milik penuh Plus, Lebuhraya Pantai Timur 2.
Menurut syarikat pemegang konsesi itu, kadar sebanyak RM19.70 akan dicaj kepada pengguna yang menggunakan lebuh raya berkenaan untuk perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.