Halaman

Ahad, 24 Julai 2016

Tidak perlu adakan 'gencatan senjata', kata Hadi Awang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tidak perlu gencatan senjata antara parti, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Ujarnya PAS tidak bermusuh dengan mana-mana parti sebaliknya mahu bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat menghormati dasar dan matlamat Islam yang diperjuang parti itu selama ini.
 
"Kita tidak berperang dengan sesiapa pun, tidak perlulah gencatan senjata. PAS mengambil pendekatan bekerjasama dengan semua pihak dengan syarat, jangan sentuh dasar dan matlamat parti Islam yang diperjuangkan," katanya pada pemberita ketika sambutan Hari Rumah Terbuka Edul Fitri PAS Pusat di kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, pada Sabtu.
 
Hadi berkata kenyataan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersabit cadangan gencatan senjata itu disalahertikan.
 
"PAS berdialog, berbahas, berdebat secara demokratik dengan semua pihak, jadi tidak timbul isu gencatan senjata. 
 
"PAS tiada halangan untuk kerjasama dengan mana-mana pihak, namun kita ada sempadan, asalkan tidak tersasar dari dasar dan matlamat menegakkan perjuangan Islam, katanya.
 
Ahli Parlimen Marang itu juga tidak mengulas hubungan 'dingin' dan ketidaksediaan PAS bekerjasama dengan bekas rakan sekutunya DAP dan parti serpihannya, Amanah.
 
Tuan Ibrahim sebelum ini mencadangkan agar diadakan gencatan senjata antara parti politik pembangkang bagi membolehkan mereka bergabung dan menentang Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Bagaimanapun Tuan Ibrahim menegaskan ia adalah cadangan peribadinya meskipun cadangan itu disokong kebanyakan pemimpin pembangkang.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.