Halaman

Rabu, 3 Ogos 2016

Ali Tinju mahu Ratu Naga dikenakan tindakan tegas

MALAYSIA GAZETE
 

Ali Tinju
Ali Tinju


Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) mahu pihak yang memalsukan gambar Datin Seri Rosmah Mansor diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Presidennya, Mohd. Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, gambar edit isteri Perdana Menteri dengan Sultan Pahang itu dilakukan dengan niat jahat.

"Saya dan ahli-ahli Gerakan Merah ada semasa kejadian dan gambar diambil dan menafikan sekeras-kerasnya berlaku apa yang diviralkan di media sosial yang tidak lain mahu memalukan Perdana Menteri, isteri dan memberi imej negatif kepada sultan," ujarnya kepada Malaysia Gazette ketika dihubungi petang tadi.

Sebelum itu, Ali Tinju bersama sekumpulan ahli Gerakan Merah dan peguam mereka, Yahya Zakaria membuat laporan mahu polis menyiasat pemilik akaun Facebook bergelar Ratu Naga yang menyiarkan gambar edit berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Selain laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi, beberapa laporan yang sama dibuat oleh ahli-ahli Gerakan Merah di negeri-negeri lain secara serentak.

Sejak beberapa hari lepas, Ratu Naga dikatakan menyiarkan status menyiarkan gambar Rosmah seakan-akan 'bermanja' dengan Sultan Pahang sambil diperhatikan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

Gambar itu dirakam semasa Majlis Terbuka Perdana Menteri di Parlimen Pekan baru-baru ini.

Ali Tinju seterusnya yakin dengan laporan polis yang dibuat termasuk dari pihak istana dan Jabatan Perdana Menteri, individu yang membuat fitnah itu akan dikenakan tindakan.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.