MALAYSIAKINI
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan ahli
perniagaan kelahiran negara ini, Jho Low supaya pulang jika beliau tidak
dapat mencari tempat yang selamat berikutan tindankan saman sivil
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang mengaitkannya dengan
dakwaan penyalahgunaan dana berkaitan 1MDB.
Dalam satu kenyataan media yang sarat dengan sindiran, Tuan Ibrahim
berkata, memang tidak ada tempat lain yang lebih selamat untuk Low.
“Apabila Jho Low kembali ke Malaysia, yakinlah dia akan dirai. Malah
akan dijemput makan bersama oleh VIP-VIP untuk membincangkan projek
seterusnya,” katanya.
Tambahan pula, kata Tuan Ibrahim, ahli perniagaan itu pasti lega dan
berasa lebih yakin kerana Akta Majlis Keselamatan Negara sudahpun
berkuat kuasa.
“Baliklah Jho Low. Tak perlu malu-malu. Nak berjoli, berjolilah di
Malaysia, sekurang-kurangnya duit yang ada itu digunakan di dalam
negara.
“Malah, kerajaan boleh kutip GST lagi,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata, Malaysia Official 1 pun boleh terasa lega, kerana Low tidak akan direman di mana-mana negara.
Menurut pemimpin PAS itu, di Malaysia, 1MDB walaupun kelihatan cacat,
akan tetapi ia tidak kelihatan cela dan pelbagai agensi kerajaan
menyatakan tiada duit yang hilang daripada 1MDB, dan tiada siapa yang
melakukan kesalahan.
“Setakat ini, isu 1MDB masih tiada kes di Malaysia meskipun ia digembar-gembur merata dunia.
“Bukan itu sahaja, malah di Malaysia, mereka yang menyoal 1MDB akan disiasat, bukan sebaliknya.
“Mereka yang meneka siapa Malaysia Official 1 akan dipanggil. Di sini, tiada kes sivil untuk menyita harta meskipun ada duit berbilion masuk ke akaun peribadi,” katanya.
Selain daripada Low, tuntutan mahkamah DOJ juga menamakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.
Antara lain, dana 1MDB didakwa digunakan untuk membeli hartanah
mewah, karya seni mahal, menyelesaikan hutang judi, dan juga membeli
kapal terbang dan kapal layar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.