(Agenda Daily) – Ketua WHIP PKR, Datuk
Johari Abdul menjelaskan tindakan yang diambil terhadap Badrul Hisham
Shaharin atau Chegubard adalah kerana kesalahannya yang menggunakan
media sebagai sebaran berita mengenai beberapa dakwaan terhadap pemimpin
PKR.
Katanya, tindakan itu melanggar
perlembagaan parti kerana beliau seharusnya melaporkan perkara tersebut
kepada Suruhankaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara terus atau
mendapatkan maklumat daripada ibu pejabat parti.
“Mana-mana ahli yang pergi ke media tanpa
merujuk dahuli isu ini dengan ibu pejabat parti akan diambil tindakan,
sepatutnya dia perlu hantar dulu laporan tersebut dan kita akan beri
jawapan pada perkara yang dia nak, bukan terus pergi ke media.
“Ataupun dia terus melaporkan kepada SPRM
dan saya jangka SPRM akan buat siasatan, dan saya rasa tindakan itu
amat saya alu-alukan dan siapa sahaja yang mempunyai maklumat sahih
tentang sesuatu perkara juga boleh terus membuat laporan kepada SPRM.
itu tanggungjawab kita sebagai rakyat,” katanya kepada BNBBC.my portal.
Semalam, Johari mengesahkan satu
perbincangan akan diadakan bagi memutuskan keahlian Chegubard sama ada
perlu digantung ataupun tidak.
Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Disiplin
akan diadakan beberapa hari lagi dan Biro Politik yang akan memutuskan
akan perkara tersebut.
Chegubard sebelum ini bertindak agresif
mendedahkan dakwaan mengenai salahlaku dalam kerajaan negeri Selangor di
bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ia berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah, Wetlands Selangor.
Chegubard mendakwa kerajaan negeri
pimpinan Azmin memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands
di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.
Ujarnya, keadaan itu bakal mengganggu
ekosistem keseluruhan Paya Indah Wetlands yang dikelaskan sebagai
kawasan tanah lembab di bawah Konvensyen Ramsar.
Malah pihaknya juga bertindak menghantar
surat kepada kepimpinan tertinggi PKR bagi melakukan siasatan salah laku
mengaitkan Azmin dan exco kerajaan negerinya, Elizabeth Wong.
Elizabeth pada Sidang Dewan Undangan
Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini bagaimanapun menafikan dakwaan
Chegubard, sambil menjelaskan lot 68054 yang dibangkitkan Chegubard itu
bukan milik Paya Indah Wetlands, sebaliknya dimiliki oleh syarikat
swasta, Salak Land Development Sdn Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.