Halaman

Rabu, 24 Ogos 2016

Dinar bukan lambang ekonomi Islam seluruhnya - Asyraf Wajdi

 
 
Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki


Persepsi yang mengatakan untuk kembali kepada ekonomi berlandaskan Islam secara menyeluruh mestilah dengan penggunaan mata wang dinar adalah tidak benar kerana ekonomi Islam seharusnya dilihat secara holistik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penggunaan apa juga bentuk mata wang boleh dipelbagai tetapi mestilah bersandarkan kepada aktiviti ekonomi benar.

"Yang menjadi masalah hari ini adalah apabila mata wang itu terpisah daripada ekonomi benar, ia akan bersifat spekulasi dan bersifat persepsi pasaran.

"Seterusnya, kecenderungan mereka yang berkepentingan mula memanipulasikan mata wang ini untuk kepentingan diri sendiri," katanya selepas majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi dan Kewangan Islam di Petaling Jaya tengahari tadi.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jelas Aysraf Wajdi, persepi ekonomi Islam perlu kembali kepada sistem dinar perlu dibuang, sebaliknya apa yang penting adalah memikirkan bagaimana ekonomi Islam harus dilihat dengan cara lebih komprehensif.

"Itu lebih penting daripada memikirkan bila mata wang dinar akan dilaksanakan di negara kita," ujarnya. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.