MALAYSIAKINI
Kira-kira 20 pelajar Malaysia di Australia mengadakan himpunan
#TangkapMO1, lebih awal daripada perhimpunan utama yang akan diadakan di
Kuala Lumpur esok.
Kumpulan pelajar tersebut berkumpul di Australian National University di Canberra bagi menuntut tangkapan 'Malaysian Official 1' (MO1), individu yang disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
"Perhimpunan itu dianjurkan oleh Malaysian Progressives in Australia
(MPOZ) dalam kesepaduan dengan himpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur,"
kata MPOZ dalam kenyataan.
Kebanyakan peserta adalah penuntut Malaysia yang datang dari beberapa
universiti di seluruh Australia antaranya Canberra, Sydney, Melbourne
dan Perth, jelasnya.
Turut bersama mereka ialah anggota parlimen pembangkang seperti
Fuziah Salleh, Zairil Khir Johari, Alice Lau serta Datuk Saifuddin
Abdullah yang berada di sana bagi menghadiri persidangan Malaysia Update
2016.
Himpunan #TangkapMO1 dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka, esok.
Pihak penganjur acara tersebut mengesahkan perhimpunan itu akan
diteruskan seperti yang dirancang walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar tidak membenarkan perhimpunan tersebut
diadakan di
Dataran Merdeka ekoran penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.