HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Ogos 2016

Husam Akan Sertai Parti Baharu Ganti PAS

 
Oleh Mohd Sayuti Omar


 Teka teki parti mana yang akan disertai Husam Musa sebagai wadah baharunya sebagai meneruskan perjuangan akan diketahui paling paling awal bulan Ogos nanti. Katanya, mungkin orang ramai sudah dapat mengagak parti mana yang akan menjadi pilihannya.

"Saya akan istyharkan parti mana yang akan saya sertai paling paling lewat awal Ogos. Adik kakak sudah dapat membayangkan parti mana yang ambo akan sertai," demikian ujar Husam.

Tanpa menyebut nama parti itu, tetapi analogi yang beliau sebutkan mengenai ada seorang tua menceritakan bahawa nasi perlu ditanak oleh orang beramanah, membayangkan Husam akan sertai parti yang boleh mengganti Pas.

Husam sebelum ini memberi tempoh enam bulan sebagai iddah untuk dia mahasabah bagi memilih wadah perjuangan setelah beliau dipecat daripada Pas.

Parti Amanah Negara sudah beberapa kali menyatakan ksediaan untuk menyambut kehadiran Husam jika berminat dengan parti berkenaan. Bahkan pimpinan Amanah sedia memberi tempat istimewa kepada bekas Exco kanan itu.

Tempoh yang diberikan itu sudah genap dan beliau sudah bersedia untuk mengumumkan wadah baharunya.

Husam berharap apabila dia istyhar menyertai parti pilihannya nanti para pengikut dan mereka yang senang dengan cara beliau berpolitik akan bersamanya.

Husam menyatakan perkara itu dalam ceramahnya yang brrlangsung di Wakaf Baharu Tumpat malam tadi. Trims.

Tiada ulasan: