KUALA LUMPUR,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa dengan
sinisnya mendoakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dipanjangkan umur sehingga ‘100 tahun’ supaya beliau boleh membayar
semula hutang-hutangnya termasuk hutang syarikat 1 Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Difahamkan,
beliau yang merupakan bekas pemimpin PAS itu berkata demikian merujuk
kepada laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang
mendedahkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan
hormon anti penuaan yang berharga RM1.4 juta.
“Jika
ini berterusan, bayangkan jumlah wang yang perlu dibelanjakan oleh
negara kita untuk mengekalkan DS Najib terus hidup untuk mentadbir kita
semua bagi seratus tahun akan datang.
“Tapi apa salahnya, asal rakyat bahagia…….
“Saya
seronok jika beliau hidup lama untuk membolehkan DS Najib melunaskan
hutang-hutang negara yang telah dilakukan sebelum ini bila tiba tempoh
matang hutang-hutang itu.
“Termasuk hutang-hutang 1MDB!” kata Husam dalam satu kenyataan di facebooknya hari ini.
Selain
itu juga, Husam turut menyatakan hutang yang paling hampir tarikh
matangnya mengikut senarai dalam buku Laporan Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB , ialah pada tahun 2022 sejumlah RM 19
billion termasuk bunga.
“Jika
diandaikan PRU (Pilihan Raya Umum) 14 adalah pada tahun 2017 dan lima
tahun kemudian PRU 15 diadakan, maka DS Najib kena menguruskan
pembayaran hutang 1MDB itu pada tahun PRU 15 diadakan iaitu tahun 2022.
“Syabas! Pada waktu itu, umur DS Najib adalah 69 tahun. Masih muda.
“Pada umur beliau 70 tahun iaitu setahun kemudian, beliau kena menguruskan pembayaran hutang 1MDB sebanyak RM 15.7 billion lagi!
“Bon pertama dikeluarkan 1MDB berjumlah RM 5 billion pula akan matang pada tahun 2039.
“Mengikut
laporan PAC lagi, apabila tempoh matang pada tahun 2039 nanti, negara
perlu membayar sebanyak RM 13.625 billion iaitu RM 5 billion untuk
bayaran pokok dan RM 8.625 billion lagi untuk bayaran keuntungan.
“Padahal,
jumlah bersih yang diperolehi oleh 1MDB dari bon ini hanya RM 4.3
billion kerana pelbagai yuran yang dikenakan adalah tertinggi.
“Ini kelebihan cara DS Najib. Jangan bimbang,” ujarnya.
Lantaran
itu, beliau melahirkan rasa bimbangnya terhadap masa depan negara
sekira Umno terus memerintah untuk 100 tahun akan datang.
“Untuk
100 tahun akan datang, kita akan menyaksikan banyak lagi ragam
kepimpinan DS Najib dalam menerajui Malaysia dan Umno untuk kekal kukuh.
“Saya turut berbangga bersama ahli Umno yang sentiasa setia mengekori walau apa pun dunia kata.
“Seratus tahun akan datang, sungguh mendebarkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.