MALAYSIAKINI
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar polis menyiasat seorang
pengguna Twitter berhubung posting yang menyebut nama Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Pengguna Twitter 'Firamond' berbunyi: "Bodoh dan samseng. Selepas
membuat perjanjian manis (sweet deal) dengan Najib, dia fikir dia lebih
berkuasa daripada Agong."
‘Firamond’ juga menghubungkan tulisannya itu atau tag dengan Khalid
serta presiden NGO pemantau jenayah, MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan.
“Sila kesan dan panggil tweet handle di bawah dan soal apa maksudnya dgn 'sweet deal',” tulis Khalid dalam tweet petang tadi.
Dalam tweet lebih awal, yang menghubungkan pejabat akhbar perdana
menteri dan diri Najib sendiri, ‘Firamond’ berkata perdana menteri
sedang mencari lebih banyak derma untuk menyelesaikan hutang 1MDB.
Beliau mengulas tweet pejabat akhbar perdana menteri mengenai
pertemuan Najib dengan Dr Saad bin Nasser Al-Shathri, penasihat kerabat
diraja Saudi di Putrajaya, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.