shahbudindotcom
Muhyiddin
Yassin yang bakal menerajui sebuah parti politik baru mengesahkan akan
membuat pendaftarannya dengan Pendaftar Pertubuhan dalam waktu terdekat
ini.
Parti itu difahamkan mirip UMNO dengan tumpuan khusus kepada agenda perjuangan Bumiputera.
Sebagaimana
ramai yang tertunggu-tunggu kewujudan parti baru berikutan semakin
meningkat mereka yang hilang kepercayaan kepada UMNO selagi ia terus
dipimpin oleh Najib Razak, tiada lain harapan Muhyiddin ialah agar
sama-sama berdoa supaya parti baru ini tiada masalah untuk mendapat
kelulusannya.
Semalam,
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid
Hamidi memberi jaminan bahawa tiada masalah bagi pihaknya meluluskan
parti baru itu jika semua syarat telah dipenuhi.
Sebagai
Menteri Dalam Negeri, Jabatan Pendaftar Pertubuhan adalah di bawah
tanggungjawab saya, kalau syarat-syaratnya dipenuhi, kelulusannya Insya
Allah akan disegerakan, kata Zahid.
Dalam
hal ini, Tun Mahathir yang merupakan tulang belakang di sebalik
penubuhan parti baru itu tentu saja tiada masalah memenuhi semua
syarat-syarat yang ditetapkan memandangkan beliau pernah menubuhkan
semula UMNO pada tahun 1988 dahulu.
Cuma, bolehkah dipercayai sepenuhnya kata-kata Zahid itu?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.