Halaman

Khamis, 4 Ogos 2016

Muhyiddin akan daftar parti dalam masa terdekat

Muhyiddin akan daftar parti dalam masa terdekat
 
 
Selain Muhyiddin, Datuk Seri Mukhriz dan bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin turut hadir di rumah Mahathir semalam.
 
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, menerusi tulisan di Facebooknya, telah mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baharu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Muhyiddin berkata satu mesyuarat telah diadakan di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

"Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan parti baru ini keada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dalam masa terdekat.

"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.

Dalam pada itu, turut hadir bersama Muhyiddin semalam ialah selain dihadiri oleh Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah dan bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

Turut serta dalam perbincangan itu ialah presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman dan pemimpin kumpulan pelajar, Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.