Shakira Buang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Malaysia akan gagal sekiranya beliau masih memegang tampuk pentadbiran.
Sebaliknya Najib yang juga presiden Umno berkata pertemuannya dengan
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan Presiden Indonesia, Joko Widodo
sebelum ini bukti jelas beliau masih memainkan peranan penting selaku
pemimpin negara.
Ini kerana Najib berkata kedua-dua pemimpin terbabit menerima baik pendekatan pentadbiran yang diguna pakai Malaysia.
"Kononnya kalau saya terus jadi PM negara akan gagal, saya tak nampak
orang tak hormat Malaysia. Presiden Ukranie datang Malaysia tengok
lapangan terbang kita dan beliau kata 'kami tiada lapangan terbang baru
di Istanbul'.
"Saya juga berurusan dengan Jokowi di Indonesia, beliau katakan
banyak lagi projek yang dia mahu berikan kepada Malaysia. Apakah ini
gambaran Malaysia gagal? Tidak," kata Najib.
Najib berkata demikian dalam ucapan perasmian pelancaran serentak
Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian-Bahagian Seluruh Selangor di Dewan
Kolej Mara Banting, Bukit Cangang, Kuala Langat di hadapan lebih 1,000
perwakilan Umno, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan