TNB berharap orang ramai berhenti menyebarkan dakwaan
palsu mengenai notis tersebut kerana akan menyukarkan tugas dan pegawai
TNB.
PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini berkata notis kepada seorang pelanggan yang ditinggalkan kerana rumah berkunci, yang tersebar di media sosial, bukan palsu atau helah perompak.
Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Pengguna TNB, Kamaliah Abdul Kadir berkata, ia merupakan proses biasa pihaknya untuk memaklumkan pemilik rumah supaya memudahkan pegawai TNB menjalankan tugas.
“Ia dikeluarkan apabila warga kerja berkenaan tidak dapat mengakses meter disebabkan premis pengguna tidak dapat dimasuki akibat pintu pagar berkunci atau halangan lain,” katanya menerusi kenyataan kepada FMT.
Kamaliah berharap orang ramai berhenti menyebarkan berita tersebut kerana bimbang akan menyukarkan tugas dan pegawai TNB.
“Pengguna juga dinasihatkan untuk menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di talian 13000885454 atau pejabat TNB yang berdekatan sekiranya menerima sebarang notis mencurigakan,” katanya.
Gambar notis tersebut mula viral di media sosial minggu ini, dengan mendakwa ia merupakan helah penjenayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.