Azmin Ali.
Beliau berkata, ia termasuk menerima mana-mana parti politik baharu yang diketuai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
""Kami sentiasa inklusif, dengan syarat bahawa individu dan parti komited untuk agenda reformasi," kata Azmin pada Selasa.
Spekulasi bertiup kencang mengenai Dr Mahathir dan beberapa yang lain dalam proses mendaftarkan sebuah parti politik baharu yang dikenali sebagai Barisan Rakyat.
advertisement
"Kita perlu mengembangkan asas kita dan menjadi lebih inklusif untuk persediaan menghadapi PRU-14," kata Azmin sambil menambah objektif 'gabungan besar' adalah untuk mengenal pasti matlamat yang sama.
Beliau juga berkata, pihak dalam penyatuan itu perlu realistik, menerima perbezaan dan cuba untuk memahami antara satu sama lain.
"Kita perlu merendah diri menerima perbezaan dalam gabungan itu tetapi kita perlu menghormati antara satu sama lain dan berpegang kepada dasar bersama dan agenda bersama.
"Jika kita selari, kita akan dapat membentuk satu gabungan besar yang mengagumkan dan bersatu untuk berdepan dengan BN," kata Azmin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan