MALAYSIAKINI
Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin hari ini mengesahkan bahawa
parti politik baru yang akan didaftarkan oleh bekas Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah parti Melayu/Bumiputera
(peribumi).
“Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan
Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan
keterbukaan.
“Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti
politik yang kini menentang BN. Perbincangan awal telah pun dimulakan,”
katanya di blog.
Kadir
- yang menyatakan sokongan untuk pergerakan ‘Selamatkan Malaysia’ yang
diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad - berkata
ini adalah antara fakta awal atau tentatif yang didengarnya mengenai
parti itu.
Kadir yang juga adalah bekas ketua editor Kumpulan New Straits Times
juga mengesahkan bahawa permohonan pendaftaran parti baru itu kepada
Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dilakukan secara atas talian seawal hari
ini.
"Dokumen sokongan akan dihantar secara peribadi pada hari Isnin,” katanya.
Beliau berkata, jawatankuasa penaja parti itu terdiri daripada Tun Dr
Mahathir Mohamad sebagai pengerusi, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Kamarul Azman Habibur Rahman dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir
masing-masing sebagai presiden, setiausaha dan bendahari.
Ahli jawatankuasa terdiri daripada bekas ketua wanita Umno Langkawi
Anina Saadudin, bekas ketua Pemuda Umno, Bendang Baru Akhramsyah Sanusi
dan pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Kadir berkata parti baru itu juga difahamkan akan memasukkan ke dalam
perlembagaannya ikrar berkaitan reformasi sistem politik dan
pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan
rasuah serta mengehadkan tempoh pemegangan jawatan parti.
“Ia berhasrat menggabungkan perjuangan dan pengalaman generasi lama
dengan aspirasi dan kecerdasan minda generasi baru,” katanya.
Muhyiddin semalam mengesahkan bahawa parti baru akan didaftarkan
tidak lama lagi, berikutan mesyuarat yang diadakan pada malam
sebelumnya.
Kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa penaga terdiri daripada bahli Umno
yang dipecat berikutan k kritikan terbuka mereka ke atas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan skandal ‘derma’ RM2.6 bilion.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.