shahbudindotcom
Tengku
Razaleigh Hamzah mengingatkan pimpinan UMNO dan BN agar tidak memandang
rendah terhadap kewujudan BERSATU kerana percaya parti itu mampu
memberi cabaran dalam PRU 14 akan datang.
Kata
Ahli Parlimen Gua Musang itu, BERSATU dikepalai oleh bekas-bekas
pemimpin yang berpengaruh seperti Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin
Yassin dan nama mereka juga masih disanjung ramai.
Jangan pandang mudah kerana BERSATU boleh jadi merupakan pencabar yang gagah dan mampu menggugat UMNO, ujarnya lagi.
Tetapi, adakah UMNO dan BN benar-benar melihat BERSATU sebagai cabaran kepada mereka?
Berapa ramaikah yang sedar mengenainya dan kemudian berusaha memperkuatkan UMNO di bahagian masing-masing?
Jika
dilihat secara umum, pimpinan UMNO seolah-olah tetap selesa dan yakin
mereka akan kekal berkuasa, meskipun setelah wujudnya BERSATU.
Di
peringkat pimpinan yang selalu muncul di media, majoritinya lebih
banyak memperlekeh kewujudan BERSATU sebagai tidak mampu memberi cabaran
kepada UMNO, malah ramai juga yang meramalkannya akan menerima nasib
seperti Semangat 46 akhirnya.
Selain
itu, tidak ternampak sama sekali usaha luar biasa di peringkat akar
umbi oleh pimpinan UMNO untuk lebih memperkukuhkan parti atau menambah
keyakinan rakyat terhadap BN.
Semuanya macam biasa-biasa saja, tiada apa-apa yang berubah pun berbanding setahun atau dua tahun yang lalu.
Kenapa ini berlaku? Tidak bimbangkah mereka UMNO kehilangan kuasa?
Dalam
tinjauan rambang kepada beberapa pimpinan UMNO di seluruh negara,
mereka sebenarnya bukan tidak bimbang atau gundah gulana dengan wujudnya
BERSATU ini.
Namun,
kata mereka, apa yang boleh dilakukan lagi memandangkan semua masalah
yang berlaku adalah disebabkan oleh Najib Razak dan selagi beliau kekal,
kecelaruan akan terus berlaku.
Usaha-usaha
pemulihan parti atau meningkatkan kerja di peringkat akar umbi juga,
kata mereka, tidak mungkin menampakkan sebarang kesan selagi punca
segala masalah dalam parti dan negara masih tercongok di Putrajaya.
Bagaimana jika UMNO dan BN kalah pilihanraya nanti? Tidak bimbangkah menjadi pemimpin dalam parti yang tidak ada kuasa?
"BERSATU
tidak banyak berbeza dengan UMNO, malah pemimpinnya juga adalah bekas
pemimpin UMNO. Kita juga yakin sebahagian besar yang akan menyertai
BERSATU nanti adalah juga bekas ahli-ahli UMNO.
"Jika
UMNO kalah dan BERSATU menjadi sebahagian kerajaan baru, ketika itu
kita akan memilih untuk menyertai BERSATU untuk meneruskan perjuangan.
"Apa yang susahnya....sekarang biarlah Tun Mahathir memperkuatkan BERSATU dulu."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan