MALAYSIAKINI
Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin salah apabila mendakwa Jabatan Kehakiman
(DOJ) Amerika Syarikat menggambarkan Putrajaya bersalah dalam siri saman
sivil bagi mendapatkan kembali aset yang didakwa disalahgunakan
daripada dana 1MDB.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua berkata, jabatan itu hanya menjalankan peranannya sebagai pendakwa.
"Khairy, anda adalah salah - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat tidak
gambarkan Putrajaya bersalah, mereka hanya bentangkan fakta yang kekal
dipertikaikan selama lebih daripada dua minggu," kata Pua dalam satu
kenyataan.
"Ya, DOJ memang menuduh 'Malaysia Official 1' menggelapkan AS$ 731 juta wang pembayar cukai Malaysia melalui 1MDB.
"Tetapi apa yang salah dengan itu? Bukankah peranan mana-mana
pendakwa raya, termasuk di Malaysia, untuk mendakwa suspek salah laku
jenayah?
"DOJ tidak menyebut Malaysian Official 1 'bersalah'.
"Mereka hanya bentangkan fakta dan angka yang disokong tuduhan yang
amat serius dan meyakinkan mereka pengubahan wang haram dan kecurian
besar-besaran.
"Oleh itu apabila Khairy menuntut kumpulan itu agar 'mempertahankan
kebenaran', rakyat Malaysia ingin mengetahui apa sebenarnya kebenaran
yang diperkatakan oleh menteri belia dan sukan Umno itu?" soalnya.
Beliau bertindak balas kepada komen Khairy pada perhimpunan tahunan
Sepang Puteri dan Pemuda Umno malam tadi di mana beliau mempertahankan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap gesaan untuk berundur.
"Ini adalah permainan kata-kata yang sangat bijak, terlebih dulu
burukkan pihak pendakwa, rosakkan persepsi rakyat terhadap kes itu dan
tarik simpati ahli-ahli dengan berpura-pura tidak bersalah," kata Pua
yang juga setiausaha publisiti kebangsaan DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan