JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tuntutan saman
yang dikemukakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini
tidak membabitkan dirinya, kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development
Berhad (1MDB), secara langsung.
Bulan lalu Peguam Negara AS Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil
diambil bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan
dengan konspirasi pengubahan wang haram daripada dana 1MDB.
Beliau menafikan sebarang salah laku dan tetap bertegas sumber wang itu
bukan daripada 1MDB. Beliau juga berkata wang itu bukan untuk kegunaan
peribadi.
Peguam negara Malaysia berkata wang itu hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi, dan kebanyakannya sudah dipulangkan semula.
“Saya hendak katakan apa yang dilakukan DoJ baru-baru ini tidak
membabitkan saya, atau kerajaan Malaysia, atau 1MDB secara langsung,”
kata Najib kepada stesen televisyen Indonesia, Metro TV.
“Saman itu menamakan lima individu. Ini bukan saman jenayah tetapi
tuntutan sivil,” kata Najib yang sedang dalam lawatan kerja di Jakarta.
Katanya, isu 1MDB ialah isu perniagaan tetapi dipolitikkan oleh “musuh tertentu”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.