Halaman

Selasa, 2 Ogos 2016

Shafie Apdal Tubuh Parti Baharu

 


LIHAT VIDEO DI SINI

Bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal bakal melancarkan parti politik baharu yang berpangkalan di Sabah dalam masa terdekat.


“(Parti) sudah pun ada cuma kita nak lancarkan. Insyaallah bila tempatnya waktunya bersesuaian kita akan lancarkan nanti,” katanya.

Ditanya tentang kemungkinan parti baharunya itu akan bekerjasama dengan pembangkang, Ahli Parlimen Semporna itu berkata pihaknya perlu “berhati-hati”.

“Saya tengok dulu, bila ada kerjasama sebaik-baiknya kita kena teliti dan hati-hati pasal banyak pengalaman yang pernah kita lalui dalam penggabungan parti-parti ini, yang penting kepada kita rakyat bersatu dahulu,” katanya.

Bekas Ketua Umno Bahagian Semporna itu pada 4 Julai lalu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung Jawatankuasa Disiplin parti sejak 24 Jun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.