Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menutup mulut daripada membuat kenyataan liar mengenai konsep 'Bangsa Johor'.
Ini selepas Mahathir berkata dalam satu forum semalam bahawa semangat kebangsaan Johor adalah tidak sihat bagi Malaysia dan bimbang ia boleh membawa keruntuhan.
"Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr. Mahathir. Beliau kacau sarang tebuan dan nasihat saya kepada beliau adalah untuk menutup mulutnya.
"Dia berkeliaran memecah belah rakyat termasuk orang Melayu, semasa saya sedang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum termasuk orang Melayu," titah Sultan Ibrahim dipetik sebagai berkata oleh The Star hari ini.
Baginda bertitah, Mahathir tidak mempunyai hak untuk bercakap mengenai perpaduan kerana individu konfrontasi yang telah menyebabkan banyak perpecahan.
"Mahathir adalah punca kepada masalah sekarang di negara ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan di negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan telatah beliau," titahnya lagi.
Baginda juga mengecam Mahathir kerana jahil mengenai sejarah di Johor.
Sultan Ibrahim bertitah, istilah 'Bangsa Johor' telah dicipta oleh moyangnya pada tahun 1920 untuk menyatukan semua kaum di negeri ini "untuk kerjasama, keharmonian dan kewujudan aman".
"Tiada kaum atau individu telah dipinggirkan. Dia (moyang saya) telah terbukti betul." titah baginda.--MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.