shahbudindotcom
Seorang
sahabat dari Jakarta, Indonesia yang terlibat dalam menguruskan
kehadiran Tun Mahathir Mohamad untuk menyampaikan kuliah umum di Balai
Kartini, Jakarta baru-baru ini, menolak dakwaan ada sidang akhbar
besar-besaran dirancang ketika kunjungan bekas Perdana Menteri itu.
Kata
sahabat yang enggan disebut namanya itu, kehadiran Tun Mahathir
sebenarnya sudah dirancang sejak 11 bulan yang lalu ketika beliau
menerima anugerah "Star of Soekarno" pada September 2015.
Tambahnya
lagi, kehadiran Tun Mahathir menyampailan kuliah umum tersebut adalah
atas undangan Yayasan Pendidikan Soekarno, Universiti Bung Karno serta
Ibu Rahmawati Seokarno sendiri.
Sehubungan
itu, jelasnya, semua undangan media adalah diuruskan oleh Yayasan
Seokarno dan pihak Tun Mahathir tidak terlibat sama sekali dalam
menguruskan perkara tersebut.
Dalam
dakwaan susulan berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap "Tiga
Tan Sri" , Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata,
tindakannya itu telah berjaya menggagalkan suatu rancangan untuk
menggulingkan Najib Razak.
Kata
Azwan, apabila beliau membuat laporan polis pada 26 Julai lalu, Tun
Mahathir merancang mengumpul sekumpulan media antarabangsa di Jakarka
dengan niat untuk menyerang Najib.
"Pada
hari yang sama, saya terdengar Gani Patail, Dr Zeti dan Abu Kassim akan
hadir dalam satu sidang akhbar khas dengan mereka dijangka bercakap
mengenai saman yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman AS.
"Sidang
media itu akan direkodkan dan klipnya akan dibawa terus kepada Tun
Mahathir di Jakarta. Beliau bercadang untuk berkongsi dengan seluruh
media antarabangsa yang hadir dalam dalam sesi temubual itu," kata Azwan
sebagaimana dipetik daripada sebuah portal atas talian.
Oleh itu, kata Azwan, laporan polis yang dibuatnya telah menggagalkan rancangan untuk menjatuhkan Najib itu.
Dalam
hubungan ini, kata sahabat dari Jakarta itu lagi, program Tun Mahathir
menyampaikan kuliah umumnya ialah pada 25 Julai dan beliau tidak
bermalam pun di Jakarta, sebaliknya terus pulang ke Malaysia sebaik
programnya berakhir.
(Nota
- Khairul Azwan mengatakan laporan polisnya pada 26 Julai telah
menggagalkan rancangan Tun Mahathir untuk mengadakan sidang media di
Jakarta, tetapi makluman sahabat dari Jakarta menjelaskan kehadiran
bekas Perdana Menteri di Jakarta untuk menyampaikan kuliahnya ialah pada
25 Julai, sehari lebih awal daripada tarikh laporan polis yang
dibuatnya.)
Sahabat
dari Jakarta juga turut menitipkan sekeping gambar ketika Tun Mahathir
sedang mengadakan sidang akhbar selepas menyampaikan kuliah umumnya itu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan