Halaman

Jumaat, 2 September 2016

Aidiladha disambut 12 September ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 12 September, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.
 
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1437 Hijrah ialah pada 3 September ini.
 
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 12 September 2016," katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.