Artikel tersebut yang disiarkan sebuah portal berita Bahasa Inggeris di laman Facebooknya mendapat kira-kira 1,000 komen dengan kebanyakan menyatakan rasa kecewa dan mengkritik cadangan tersebut.
Portal itu memetik Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin sebagai berkata kerajaan negeri akan berunding dengan majlis fatwa jika terdapat gesaan untuk merobohkan arca helang Kawi di Dataran Lang.
Marwazi dilaporkan sebagai berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim mengenai cadangan tersebut di kolumnya dalam sebuah akhbar harian Bahasa Melayu.
Salah seorang pengguna Facebook, Ahmad Hassan berkata: 'Ini bukan patung agama."
"Agak sukar apabila anda mempunyai pemikiran radikal... Mungkin ini sebab mengapa kebanyakan orang mahu agama dipisahkan daripada negeri."
Albert Lim berkata Tugu Negara di Kuala Lumpur juga perlu dirobohkan jika pemikiran sama digunapakai.
Ketika dihubungi, Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad enggan memberikan sebarang komen dan berkata isu sama telah timbul beberapa tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.