MALAYSIAKINI
LIHAT VIDEO DI SINI
Dakwaan mengenai “kecurangannya dengan isteri orang lain” membuktikan
kem Datuk Seri Najib Razak hanya mampu boleh bergantung kepada ‘cerita
seks’ untuk mempertahankan perdana menteri, kata Tan Sri Muhyiddin
Yassin, hari ini.
Presiden pro-tem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata
demikian sebagai mengulas kenyataan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri
Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, yang berkata Muhyiddin tidak boleh
dipercayai kerana curang terhadap isterinya.
Ini susulan Muhyiddin mendakwa bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani
Patail menunjukkan kepadanya bahawa akaun bank Najib mempunyai RM1
bilion, walaupun sebelum "derma politik" RM2.6 bilion.
"(Tengku) Sarifuddin bankrap dengan idea dan ini jelas dapat dilihat
dari dakwaan tak beradabnya ke atas saya, menimbulkan tidak lebih
daripada cerita-cerita seks yang biasanya mereka yang berpemikiran
seumpama itu mampu lakukan.
"Begitulah rendah penyokong Najib sanggup lakukan. Cerita yang
dipopularkan oleh blogger banduan kini menjadi modal utama digunakan
oleh penasihat dan penyokong Najib untuk menyerang saya," kata Muhyiddin
dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk tulisan blogger Raja Petra Kamaruddin yang menerbitkan suatu akuan bersumpah berhubung dakwaan berkenaan.
Dalam SD itu, bekas Timbalan Pendakwa Raya Stanley Clement Augustin,
mendakwa isterinya Nika Gee Siew Yee mempunyai hubungan dengan Muhyiddin
sejak beliau adalah menteri besar Johor.
Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu mengulangi bahawa
dakwaan ‘tidak senonoh’ ke atasnya adalah adalah tidak benar dan
kerajaan tidak sepatutnya menjejaskan perhatian rakyat terhadap skandal
Najib .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.