Muhafandi Muhamad, Astro Awani
Mangsa
Muhammad Azeem Aznan, 9, dikatakan mandi bersama rakannya itu di
kawasan pam menyedut pasir di Kampung Belimbing sebelum dipercayai
lemas. - Foto JBPM
TANAH MERAH: Seorang murid
Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Belimbing Tanah Merah yang dilaporkan
hilang sewaktu mandi bersama rakannya semalam, ditemui lemas pagi tadi.
Mangsa Muhammad Azeem Aznan, 9, dikatakan mandi bersama rakannya itu di kawasan pam menyedut pasir di Kampung Belimbing di sini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohamed, pihaknya menerima laporan mengenai mangsa yang hilang di Sungai berkenaan sekitar jam 7.05 pagi tadi.
Bomba yang menjalankan operasi mencari kemudiannya menemui mangsa 100 meter dari kawasan mangsa dilaporkan mandi iaitu sekitar jam 8.30 pagi tadi.
Bapa saudara mangsa memaklumkan kepada pihak polis dan bomba pagi tadi setelah mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Mangsa Muhammad Azeem Aznan, 9, dikatakan mandi bersama rakannya itu di kawasan pam menyedut pasir di Kampung Belimbing di sini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Hanaffi Mohamed, pihaknya menerima laporan mengenai mangsa yang hilang di Sungai berkenaan sekitar jam 7.05 pagi tadi.
Bomba yang menjalankan operasi mencari kemudiannya menemui mangsa 100 meter dari kawasan mangsa dilaporkan mandi iaitu sekitar jam 8.30 pagi tadi.
Mangsa
Muhammad Azeem Aznan, 9, dikatakan mandi bersama rakannya itu di
kawasan pam menyedut pasir di Kampung Belimbing. - Foto JBPM
Bapa saudara mangsa memaklumkan kepada pihak polis dan bomba pagi tadi setelah mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah sejak semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.