Halaman

Sabtu, 3 September 2016

Polis tak siasat dakwaan DOJ mengenai 1MDB - Khalid

 
 
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar


Dalam kes 1MDB jangan seret polis terlibat dalam isu politik terutama kes saman sivil yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak akan menyiasat kes saman
sivil DOJ tetapi siasatan pihaknya ke atas 1MDB kini masih dalam proses meminda kertas siasatan.

"Saya sudah cakap apa juga tindakan AS, tindakan sivil kita (polis) tidak campur..saya tak campur dalam hal politik. Jangan seret kami buat kenyataan politik. PDRM (Polis Diraja Malaysia) memang menjalankan siasatan terhadap 1MDB dan akan fokus kepada apa yang kami buat..jangan seret kami ke sana sini.

"Ia tindakan sivil apa sibuk-sibuk polis hendak siasat," ujarnya pada sidang media di Bukit Aman petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas soalan ada gesaan mahu PDRM menyiasat saman sivil yang dikemukakan oleh DOJ baru-baru ini.

Ditanya mengenai perkembangan siasatan pihaknya, Khalid memberitahu, kertas siasatan sudah dikembalikan semula oleh Peguam Negara kepada PDRM.

"Kertas siasatan 1MDB sudah kembali kepada kita dan ada beberapa perkara Peguam Negara suruh laksanakan dan kita akan ambil tindakan dan akan mengembalikannya semula kepada Peguam Negara," ujarnya.

Mengenai keperluan siasatan pihak luar dalam kes 1MDB, PDRM berkata, sekiranya perlu pihaknya akan mengadakan mutual legal system dan proses itu memakan masa sedikit.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.