Oleh Nur Atiqah Abd Samad
SHAH ALAM: Bekas Ketua PKR Cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin
menafikan bahawa pendedahan mengenai salah laku Menteri Besar Selangor
Datuk Seri Azmin Ali adalah berpunca daripada 'hasad dengki' yang
digembar-gemburkan sebelum ini.
Ujarnya yang lebih dikenali sebagai Chegubard, adalah menjadi
tanggungjawab beliau dalam mendedahkan perkara yang tidak betul dalam
parti dan kerajaan negeri.
Malah beliau bersedia dan tidak gentar untuk mana-mana pihak tampil
melaporkan kesalahan yang dilakukannya kepada pihak berkuasa atau
rakyat.
"Kalau lain salah pun saya serang, kalau saya salah pun orang lain
seranglah. Tak ada masalah," tegas beliau dalam satu temubual dengan
Antarapos.
Jelas beliau, bukan kesalahan Azmin sahaja yang mendapat perhatian
beliau, penyandang terdahulu iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim turut menerima
nasib yang sama.
"Saya serang TS Khalid, saya serang ketika operasi nak naikkan gaji. Ketika itu (jawatan) saya pimpinan Pusat PKR.
"Ketika (Khalid) nak naikkan kadar sewa rumah saya serang, dalam
mesyuarat saya tepuk meja. Atas apa juga alasan tak boleh, dia kata
berlaku ketirisan, orang lain sewakan rumah (kepada orang lain). Kita
kata selesaikan masalah tu bukan naikkan sewa," katanya lagi.
Sebelum ini Chegubard lantang mengkritik Azmin dalam pelbagai keputusan
kerajaan negeri, yang disifatkan sebagai melampau, wujudnya pembaziran
dan mempunyai unsur kronisme.
Ini termasuklah isu pembalakan, kemelut penggantian kubah Masjid Sultan
Abdul Aziz Shah yang menelan belanja RM32.4 juta dan kontroversi
pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pendedahan terbaru beliau adalah isu Paya Indah Wetlands, yang dakwanya
wujud salah laku kerajaan negeri dalam melakukan pengezonan semula
kawasan zon hijau itu yang kini disiasat pihak Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.