MALAYSIA DATELINE
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan shukur di atas
kunjungan para imam dan pelajar tahfiz ke pejabatnya semalam, namun
blogger mengucapkan 'kesihan' kepadanya.
"Alhamdulillah
gembira terima kunjungan imam2 & para pelajar tahfiz. Moga mereka
terus diberkati dlm usaha memartabatkan Islam, Insya Allah," tulis Najib
melalui Twitternya.
Namun begitu, blogger Shahbudin Husein mempunyai sisi yang berlainan dari twitter Najib itu.
Bahkan Shahbudin mengungkitkan perkataan "Alahai kesiannya" kepada
Najib kerana terpaksa membuat perkara yang tidak lojik sebegitu kerana
mahu tunjukkan sokongan kepadanya ketika beliau dan kerajaan pimpinannya
dilanda skandal.
"Hehehe...mereka menyokong Najib rupanya!! Hahaha...yang memuji Bajet 2017 pun ada juga!!
"Siapa agaknya yang menyediakan plakad-plakad yang mereka pegang itu?" soal Shahbudin dalam blognya.
Beliau bertanya, "Para imam dan pelajar tahfiz berkenaan yang
menyediakannya atau mereka hanya disuruh memegangnya saja untuk tujuan
diambil gambar?
"Lihat pula wajah-mereka? Kenapa masam air muka dan macam terpaksa saja?
"Alahai, kesiannya...konon inilah bukti Najib masih popular dan disukai," tulis beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.