Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menyambut baik keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir ke mesyurat
bersama ahli Parlimen pembangkang, Selasa depan.
Mesyuarat itu adalah bagi membincangkan mengenai kuasa imuniti dalam
Dewan Rakyat, susulan siasatan ke atas beberapa wakil rakyat pembangkang
yang membangkitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan
Rakyat.
"Bagus lah," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui di sidang DUN Selangor, hari ini.
Terdahulu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang memaklumkan mantan Perdana
Menteri itu akan hadir dalam mesyuarat bersama ahli Parlimen pembangkang
bagi membincangkan kuasa imuniti di Dewan Rakyat.
Perbincangan ini dibuat kononnya mahu membela nasib tiga ahli parlimen
yang juga bekas menteri kabinet iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk
Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang
disiasat berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika
membahaskan usul di Parlimen, beberapa hari lalu.
Untuk rekod, Muhyiddin pada dua hari lalu memberitahu dirinya dipanggil
pihak polis selepas didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika sesi
perbahasan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sementara itu Husni yang juga bekas menteri kewangan II terpaksa
menangguhkan sesi memberi keterangan kepada pihak polis sehingga minggu
hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan