MALAYSIAN MIRROR
Selepas beberapa keistimewaan yang diberikan ditarik balik sebelum ini, kini giliran pembantu rumah dan orang gaji bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula ditamatkan kontrak oleh kerajaan.
Tindakan terbaharu dipercayai kerana serangan berterusan oleh Dr Mahathir yang mengecam dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perasuah dan mencuri duit negara dengan terpalitnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pembantu rumah dan orang gaji tersebut sudah berkhidmat dengan Dr Mahathir selama 35 tahun ditamatkan khidmat mereka bermula hari ini.
Perkara tersebut dikongsi dalam beberapa laman Facebook peminat Dr Mahathir.
Terima kasih kerana menjaga kami sekeluarga. Jangan lupakan kami ya.”
Tindakan ini bukan kali pertama dilakukan oleh pentadbiran Najib yang tidak senang duduk dengan Dr Mahathir, malah sebelum ini kenderaan pengiring Dr Mahathir juga ditarik balik dan jet peribadi juga ditarik balik.
Berbeza dengan layanan kepada bekas perdana menteri terdahulu, semua keistimewaan ditarik balik daripada Dr Mahathir.
Tindakan tersebut hanya dikenakan kepada Dr Mahathir tapi tidak pula kepada seorang lagi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang masih lagi menikmati layanan keistimewaan daripada kerajaan.
Tun Abdullah tidak termasuk dalam menyerang Najib, sebaliknya memberikan sokongan terbuka kepada Putrajaya walaupun dikaitkan dengan kehilangan berbilion wang negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.