PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia diunjurkan meningkat kepada 41.5 juta
orang pada 2040, berbanding 28.6 juta pada 2010, kata Jabatan Perangkaan
dalam laporan Unjuran Penduduk Malaysia (semakan semula) 2010-2040.
Bagaimanapun, menurut jabatan itu, peningkatan penduduk adalah perlahan
dengan kadar pertumbuhan tahunan menurun daripada 1.8 peratus pada 2010
kepada 0.8 peratus pada 2040.
"Purata kadar pertumbuhan penduduk berkurangan 0.05 peratus setiap tahun," katanya.
Jabatan Perangkaan berkata Bumiputera menunjukkan peningkatan peratusan
tertinggi sebanyak 4.8 peratus iaitu daripada 67.3 peratus pada 2010
kepada 72.1 peratus pada 2040.
Sementara itu, katanya nisbah jantina bagi 2010 adalah 106 lelaki bagi
setiap 100 perempuan, meningkat kepada 108 pada 2020 dan tidak berubah
sehingga 2040.
Jabatan Perangkaan berkata, struktur umur penduduk pula boleh
dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu kumpulan umur muda (0-14
tahun), kumpulan umur bekerja (15-64 tahun) dan umur tua (65 tahun ke
atas).
"Umur penengah pada 2010 adalah 26.3 tahun meningkat kepada 38.3 tahun
(2040) iaitu peningkatan sebanyak 12 tahun bagi tempoh 30 tahun,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.