*PROJEK ECRL: PENYAMUN MALAYSIA ANUGERAH PADA PENYAMUN CCCC DARI NEGARA CHINA*.
1.Projek
baru Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) telah diumumkan pembinaannya
oleh PM Najib semasa membentang Bajet 2017.Projek bermula dari
pelabuhan Klang dan berakhir di Tumpat akan melalui Kuantan dan
Terangganu. *Memang tidak dinafikan tentang keperluan projek tersebut
untuk kemudahan masyarakat Pantai Timur* bagi menyeimbangi pembinaan
landasan berkembar di Pantai Barat.
2.Malangnya
projek ECRL dari awal telah menimbulkan keyakinan rakyat tentang
*wujudnya amalan curi dan korupsi keatas wang rakyat*.
Pertama,
kos projek sepanjang 600km yang awal dan *sepatutnya berharga RM30
bilion kini telah naik menjadi RM55 bilion bersamaan RM92 juta untuk
1km*.Harga yang ditentukan *tanpa tawaran terbuka (open tender)* bagi
mendapatkan harga yang terbaik. Apabila ini berlaku,maka secara tidak
langsung *_kos curi dan korupsi kerajaan Malaysia terpaksa ditanggung
oleh rakyat_*.
3.Keduanya pinjaman RM55 bilion
untuk pembinaan projek tersebut diperolehi dari *Export-Import Bank of
China (EXIM)* manakala kontrak pembinaan dianugerahkan kepada *China
Communication Construction Company Ltd (CCCC)* kontraktor dari negara
China.
*"Persoalannya kenapa pinjaman dari
negara China dan kontraktor juga dari negara China*.Apakah ini merupakan
*syarat yang ditetapkan oleh Bank pemberi pinjaman untuk projek ini*.
Pada saya ini menunjukan *campurtangan asing dalam menentukan pemilihan kontraktor"*.
4.Ketiganya,
kontraktor dari negara *China CCCC,* yang dianugerah projek ini adalah
*syarikat yang telah disenaraihitam oleh Bank Dunia* kerana menipu
dengan mengamalkan rasuah serta licik membeli penjawat awam untuk
memperolehi dan melaksanakan sesuatu projek di setiap negara yang
menganugerahkan projek kepada meraka.
Bukan
sahaja disenaraihitam oleh World Bank, malah CCCC juga terlibat dalam
skandal lain, antaranya di Malta, Tanzania dan Kenya. Sebuah skandal
melibatkan tindakan CCCC dalam merasuah penjawat awam di negara
terbabit.
*_Aiyaa..Banyak 'Si' (CCCC)_*
5.
*Adakah CCCC lebih awal 'membeli' penjawat awam No. 1 Malaysia (#MO1)
untuk memperolehi projek ECRL melebihi RM25 billion dari harga awal RM30
billion*.
"Saya percaya harga awal *RM30
billion itu pun sudah terlalu tinggi dan keuntungan berlipat
ganda*.Inikan pula lebihan RM25 bilion.
*Tidak
salah jika rakyat Malaysia mengesyaki lebihan RM25 billion tersebut
adalah untung untunk menampung pembayaran hutang 1MDB yang dicuri"*.
6.Yang
pasti, *pencuri Malaysia menganugerahkan projek ECRL kepada penyamun
dari negara China*. Pastinya *mereka sama-sama menyamun wang rakyat
Malaysia*.Projek ECRL adalah projek *Pakatan Penyamun 1World*.
Apakah
dengan Syarikat CCCC memperolehi projek ECRL dan *kedatangan mereka ke
Malaysia membawa 'alamat buruk' untuk rakyat Malaysia*.
Saya
tidak percaya pada kefahaman orang Tionghua Malaysia apabila disebut
*_'C'_* baca dalam sebutan *_Si_*, yang membawa makna buruk sama ada
mati atau miskin. *Orang Cina tak suka no 4 (Si), 4 CCCC*.Bagi mereka
ini lambang kematian.
*"Aiyaa.. banyak sui!*.Sekali kali saya tidak percaya pada kepercayaan ini".
7.
Pada *realiti yang berlaku di Malaysia akibat dari amalan salahguna
kuasa,rasuah,keborosan dan penyelewengan serta kerakusan kerajaan
UMNO/BN, mengakibatkan rakyat Malaysia sedang berdepan dengan 'keburukan
dan kematian politik' dan ekonomi serta malang yang berpanjangan*.
"Kecuali
jika *rakyat mampu bangkit menebus maruah harga diri membebaskan
kehidupan dari pemerentahan dan menamatkan kuasa politik UMNO/BN*.
*_Semuanya gara-gara Najib,1MDB...dan Jho Low!_*
*_#BersihkanMalaysia_*
*_#EcrlProjekPakatanPenyamun_*
*_#SelamatkanRm55bDariPenyamun_*
*_#PakatanPenyamun1World_*
*_#SelamatkanMalaysia_*.
*Dato' Hj Mahfuz Hj Omar*
_Ahli Parlimen Pokok Sena_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.