KANGAR: DUN Perlis malam tadi meluluskan pindaan undang-undang syariah
bagi membolehkan anak berusia dibawah 18 tahun memeluk Islam dengan
persetujuan samada ibu atau bapa.
DUN Perlis juga meluluskan pindaan dibawah Enakmen Pentadbiran Islam
2006 yang memberikan kerajaan negeri kebebasan untuk menerima atau
menolak sebarang fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Seksyen 117 dibawah enakmen itu, yang membawa maksud kebenaran ibu dan
bapa atau penjaga diperlukan untuk anak dibawah 18 tahun memeluk agama
Islam dipinda kepada samada ibu atau bapa atau penjaga untuk tujuan
berkenaan.
Kesemua 12 ADUN Umno dan satu daripada PAS, meluluskan pindaan-pindaan berkenaan.
ADUN Titi Tinggi Khaw Hock Kong daripada MCA membantah pindaan
berkenaan dan terus keluar daripada dewan manakala ADUN Indera Kayangan
Chan Ming Kai daripada PKR menolak usul berkenaan.
Khaw yang juga timbalan speaker berkata beliau tidak bersetuju dengan
usul membenarkan seorang dibawah umur memeluk agama Islam dengan hanya
mendapat persetujuan ibu atau bapa.
Beliau berkata kedua-dua ibu bapa harus wajib memberikan persetujuan sebelum anak dibawah umur mereka dibenarkan menukar agama.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, pindaan itu selari
dengan perlembagaan yang menyatakan agama seseorang bawah umur 18 tahun
ditetapkan samada oleh ibu atau bapa atau penjaga anak berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.