HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Januari 2017

Pembangkang bakal 'sakit kepala', PAS mahu tanding 40 kerusi

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Hasrat PAS yang menyasarkan untuk bertanding di 40 kerusi bakal 'memeningkan kepala' pembangkang dan bakal mengagalkan usaha untuk meletakkan satu calon pada pilihan raya akan datang. 
 
Menurut penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Shamsul Adabi Mamat, jika benar PAS meletakkan 40 calonnya pada pilihan raya akan datang ia akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang besar.
 
"(Ini) merumitkan pembangkang kerana mereka mengharapkan PAS kembali untuk menewaskan BN dan BN beruntung sebab dengan PAS dalam keadaan sekarang (apatah lagi) ada indikator PRK lalu BN menang besar," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad mengumumkan partinya bakal meletakkan bertanding di 40 buah untuk mempertahankan Kelantan, memerintah semula Terengganu dan Kedah, memimpin Selangor.
 
PAS berkata demikian kerana mahu mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah, walaupun sukar untuk mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri.
 
Shamsul juga tidak menolak, PAS kini menjadi parti rebutan, baik kepada kerajaan mahupun pembangkang yang mana mampu memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
 
PAS boleh menjadi parti rebutan kepada kedua-dua komponen, Umno pun perlukan sokongan (dan) pembangkang pun. Kerana kalau PAS bertanding sendiri agak sukar kepada PH untuk menang pada PRU akan datang. 
 
"Jadi begitu juga dengan BN, walaupun mereka tidak bekerjasama tetapi ia mengharapkan situasi PAS sekarang ni kekal dan mendapat hasil perlawanan tiga penjuru sebagaimana yang berlaku di Sg Besar dan Kuala Kangsar," ujar beliau lagi. 
 
Kerjasama PAS bersama pakatan pembangkang dalam menghadapi PRU14 masih lagi menjadi tanda tanya.
 
Difahamkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang dalam usaha menjalankan rundingan bagi merealisasikan perkara tersebut.
 
PAS dan PPBM dijadual mengadakan perjumpaan pada 2 Februari depan, namun belum dapat dipastikan ia adalah muktamad atau tidak.
 
 

Tiada ulasan: