KUALA LUMPUR: Pihak polis berkata mereka hanya akan membenarkan
'Himpunan 355' diadakan di Dataran Merdeka pada 18 Feb ini sekiranya
penganjurnya mematuhi semua syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Penganjur perlu mematuhi syarat seperti mendapatkan kebenaran pemilik
tempat, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar merujuk kepada
perhimpunan yang dilapor di rancang oleh PAS.
"Jika mereka mematuhi semua syarat Akta Perhimpunan Aman, polis akan
'facilitate' (mudahkan), tapi jika mereka tidak patuhi syarat-syarat
kita akan melarang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis
serah terima tugas Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari
ini.
Pada majlis berkenaan SAC Shamsudin Mat dilantik sebagai Komandan
Pulapol yang baru menggantikan Datuk Zahari Mohd Yusoff yang bersara
wajib mulai esok.
Ditanya sama ada penganjur telah membuat permohonan, Khalid berkata setakat ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.
PAS dilapor mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk memberi
penerangan kepada orang ramai khususnya umat Islam mengenai pindaan
terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali
sebagai Akta 355.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.