Pasukan
kesihatan juga telah dihantar untuk menjalankan aktiviti pencegahan dan
kawalan penyakit bagi memantau, mengesan dan mengawal penyakit
berjangkit. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pasukan
perubatan dari pejabat kesihatan daerah yang terbabit dengan banjir
telah digerakkan ke semua pusat pemindahan dan bersedia melakukan
pemeriksaan serta rawatan sekiranya ada mangsa yang tidak sihat.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pasukan kesihatan juga telah dihantar untuk menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bagi memantau, mengesan dan mengawal penyakit berjangkit.
"Sehingga kini tiada kejadian wabak penyakit berjangkit dilaporkan berlaku di kawasan yang terlibat," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Menurutnya sehingga kini tiada kemudahan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan yang dilaporkan terjejas akibat banjir.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata kementerian akan terus memantau situasi banjir dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk sekiranya keadaan bertambah buruk.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit, antaranya tidak bermain dengan air banjir, mengambil air minuman dan makanan yang bersih dan tidak tercemar, serta sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri semasa banjir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.