Halaman

Isnin, 6 Februari 2017

Annuar Musa hantar borang tanding Presiden FAM

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan dirinya akan bertanding merebut jawatan Presiden FAM.
 
Annuar yang kini penasihat Kafa menghantar surat pengesahan menerima pencalonannya kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, tengah hari ini.
 
Beliau menjadi calon pertama membuat pengesahan bertanding bagi merebut jawatan itu pada kongres ke-53 FAM, 25 Mac ini.
 
"Alhamdulillah. Serah borang menerima pencalonan jawatan presiden FAM, calon pertama atas semangat kesukanan," kata Annuar dalam tulisan terbaru di Facebooknya.
 
Seorang lagi tokoh yang sudah menyatakan kesediaan bertanding - namun belum menyerahkan borang pengesahan - ialah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
 
Kedua-dua mereka terlibat - sama ada secara langsung atau tidak - dalam perbalahan mengenai bola sepak, malah perkembangan itu turut menyaksikan Annuar digantung jawatannya sebagai pengerusi MARA.
 
Ketua Penerangan Umno itu juga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
 
Dua lagi calon yang layak bertanding ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.