Halaman

Jumaat, 10 Februari 2017

Jamal masih Ketua Umno Sungai Besar

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
TANJONG KARANG: Jawatan Datuk Seri Jamal Mohd Yunos sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kawasan itu kekal selagi ia belum diputuskan Majlis Tertinggi (MT) Umno. 
 
Ketua Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, jawatan Jamal itu adalah dipilih oleh perwakilan maka segala keputusan perlu dibawa kepada MT. 
 
Katanya, mengikut amalan BN, hanya individu yang didakwa di mahkamah sahaja akan digantung tetapi dalam isu Jamal, beliau hanya ditahan reman. "Beliau (Jamal) baru disiasat sahaja. 
 
Setakat ini tiada pendakwaan terhadap beliau. 
 
"Selagi tiada keputusan daripada pihak MT, jawatan yang disandang Jamal masih kekal," katanya pada sidang media selepas hadir merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Agama Menengah (SAM) Tanjong Karang, di sini, hari ini. 
 
Noh berkata, secara peribadi beliau menghormati keputusan Jamal itu yang sanggup melepaskan jawatan dilantik demi menegakkan kebenaran. 
 
Katanya, Jamal juga bertegas keputusan meletakkan jawatan itu kerana tidak mahu nama Umno tercemar. "Saya lihat beliau berjiwa besar. Tegakkan kebenaran dan keadilan, sanggup letak jawatan yang dilantik. 
 
"Surat peletakan jawatan Jamal itu akan diserahkan kepada MT dalam masa terdekat," katanya. 
 
Kelmarin, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Noh selepas tidak mahu nama Umno tercemar berikutan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung serbuan terhadap beberapa pusat judi yang dilakukannya.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.