Jamal ditahan di kediamannya di Ampang. - Foto ihsan grup Jamal
SHAH ALAM - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menyatakan
pendirian berhubung Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal
Md Yunos.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dzulkifly Ahmad berkata, Jamal telah terlibat dengan pelbagai tuduhan jenayah.
"Selama ini kita dapat melihat, Jamal seolah-olah kebal dari undang-undang dan seperti ada sokongan besar di belakang Jamal.
"Jamal menjalankan kegiatan yang banyak mengundang rasa kurang tenteram di kalangan masyarakat di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang yang setimpal atas pelaku kesalahan tanpa pilih bulu.
"Antara tindakan Jamal yang biadap adalah seperti mengadakan himpunan anti sesama kaum, mengeluarkan kenyataan lucah biadap kepada artis nombor satu Malaysia Datuk Siti Nurhaliza, tunjuk perasaan di hadapan pejabat SUK Selangor, merosakkan harta benda awam di Plaza Kotaraya Kuala Lumpur dan yang terbaru tuduhan pengikutnya menyamun orang awam dalam serbuan ciptaannya sendiri," katanya lagi.
Jamal disahkan ditahan polis di kediamannya di sini, petang kelmarin.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ceroboh pusat judi: Jamal ditahan polis]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.