HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Februari 2017

Pengarah, tiga individu ditahan SPRM kes suapan bulanan

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
IPOH: Pengarah sebuah jabatan kerajaan di negeri ini dan tiga individu lain direman lima hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan bulanan antara RM1,000 hingga RM10,000 daripada pengusaha rumah urut dan pusat hiburan.
 
Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Hanum Mohamad Sah bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.
 
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
 
Pengarah berusia 57 tahun itu serta tiga yang lain iaitu dua ahli perniagaan masing-masing berusia 30 tahun dan seorang mekanik berusia 26 tahun ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa SPRM di beberapa lokasi di bandar raya ini antara jam 12.30 tengah malam tadi hingga jam 5.30 pagi tadi.
 
Difahamkan pengarah dan tiga individu berkenaan berkenaan menerima bayaran bulanan antara RM1,000 hingga RM10,000 daripada pengusaha pusat hiburan dan rumah urut yang beroperasi di Perak.
 
Pengarah SPRM Perak, Datuk Nooraziah Abd Manaf, ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.
 
 

Tiada ulasan: