shahbudindotcom
Trend
menjual, menjual dan menjual kepada China nampaknya berterusan lagi.
Setelah sekian banyak diserahkah kepada negara tersebut, kini kita
dikejutkan lagi dengan berita syarikat kereta nasional, Proton juga mahu
dijual kepada mereka.
Kali
ini, syarikat pembuat kereta China, Geely dikhabarkan akan membeli 51
peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim yang
sebelum ini menjadi kebanggaan negara kerana kemampuan membinanya tanpa
berhutang dengan sesiapa.
Dengan kata lain, kilang itu dibina dengan wang tunai milik Proton sendiri
Mahu
tidak mahu dan walaupun cuba disembunyikan daripada orang-orang kampung
serta makcik Felda, hakikatnya, inilah satu lagi bahana 1MDB yang
menimpa kita.
Disebabkan
hutang yang terlalu tinggi, tidak mampu membayarnya serta terdesak
ingin mengambusnya sebelum tiba tarikh pilihanraya, maka cara mudahnya
ialah dengan pemimpin kita menukar gelaran mereka lebihn kepada
"jurujual".
Sebab
itulah, berita mengenai Proton ini tidak akan dijumpai dalam Utusan dan
TV3. Kalau boleh biar orang kampung dak makcik Felda tidak tahu
mengenainya.
Apabila
China sudah menguasai 51 peratus pemilikan Proton, apakah nasib
vendor-vendor Bumiputera yang selama ini "cari makan" di situ?
Mampukah mereka terus bersaing dengan vendor-vendor daripada China yang tentu lebih murah harganya?
Adakah
juga kilang itu nanti, daripada memasang dan mengeluarkan model kereta
sendiri, akan bertukar menjadi tempat untuk hanya pasang pintu, bonet,
cermin dan lain-lain model Geely daripada China?
Maka, apa jadi kepada Proton akhirnya?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.