Polis menahan seorang remaja lelaki berumur 19 tahun kerana
dipercayai memuat naik kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan
Muhammad V dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah dalam
laman sosial Facebook miliknya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata suspek berasal dari Johor itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam pada pukul 5 petang semalam.
"Sebelum hadir ke sini, suspek terlebih dahulu membuat laporan polis di Lanchang, Pahang, tempat beliau tinggal dan bekerja kerana mendakwa ada individu lain memuat naik kenyataan berkenaan menggunakan namanya, 'Arif Senai'.
"Laporan polis berkenaan kemudian dirujuk kepada kami yang kemudian meminta beliau hadir ke sini untuk memberi keterangan," katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini.
Menurut Shafien, polis kemudian merampas telefon bimbit suspek untuk membantu siasatan dan suspek direman sehingga Isnin depan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata pihaknya kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengesan seorang lagi pemilik Facebook bernama 'Aman Jebat' kerana disyaki melakukan kesalahan sama.
Semalam satu laporan polis dibuat seorang lelaki yang mendakwa 'Arif Senai' telah menghina Sultan Muhammad V dan Sultan Nazrin manakala 'Aman Jebat' menghina keturunan raja.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.