Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata BN di
negeri itu tidak boleh berharap hanya dengan perpecahan dalam
pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Sebaliknya kata Mustapa BN harus bekerja lebih keras serta membina kepimpinan yang kuat dalam menghadapi perkara itu.
“Kita tidak boleh harap kelemahan orang lain. Kita kena bina kekuatan kita sendiri dan lihat kepada kerja dan perpaduan kita.
“Kalau parti kita mengharapkan kelemahan pembangkang, mungkin hari ini lemah, esok kuat. Politik ini selalu berubah-ubah.
"Kalau kita tidak ada ketahanan dalaman dan terlalu bergantung kepada kelemahan pembangkang, kalau mereka kuat nanti habislah kita,” beliau dilaporkan lapor Mingguan Malaysia hari ini.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Mustapa berkata, kerjasama antara Umno dan PAS dalam aspek perpaduan Ummah perlu melibatkan penyertaan semua peringkat.
“Tak guna kita di peringkat tertinggi (bekerjasama) tapi kita lupa untuk ketepikan perbezaan di peringkat bawah, di peringkat kampung kita masih berseteru (antara satu sama lain),” katanya.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyempurnakan pelepasan kapal ‘Food Flotilla For Myanmar’ di Pelabuhan Klang.
Misi itu diangap sebagai melambangkan penyatuan ummah berikutan terdapat wakil Umno dan PAS di dalamnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.