HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Mac 2017

Bukan kutuk kerajaan tapi kutuk Umno

HARAKAHDAILY

 
KUTUKAN ini selalu kita dengar apabila guru-guru selalu diarahkan hadir secara paksa rela untuk memenuhkan kerusi dan dewan program Umno.
 
Demikian pandangan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim menerusi tulisannya di laman facebook.
 
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berhubung guru aktif kutuk kerajaan dinasihatkan berhenti dari perkhidmatan.
 
"Yang selalu ambo dengar guru kutuk Umno, bukan kutuk kerajaan. Tak sama dan tak serupa rasanya.
 
"Kutukan ini selalu kita dengar apabila guru-guru selalu diarahkan hadir secara paksa rela untuk memenuhkan kerusi dan dewan program Umno. Memang hakikat yang selalu jadi mangsa ialah guru," ujarnya
 
Menurutnya, Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Penyampaian Hadiah di sekolah anak beliau tahun lepas, berlagak macam badut atas pentas sehingga habis rosak protokol majlis orang.
 
"Pihak sekolah bukan jemput dia. Tapi bila menteri yang dijemput tak dapat hadir, dia yang mewakili. 
"Buat perangai badut macam tu memang kena kutuk laa! Bukan kutuk kerajaan tapi kutuk Umno!" ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: